CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 30 November 2011

Yesterday! Exam Dah Habeh Doeeee ^_^

Pergh! Setelah sekian lama menunggu saat tu.. akhirnya ! Akhirnya beb! Tamat. Usaha selama 2 tahun (usaha okay?)  ahah. Habis ja paper Bio kmarin, terus pi Cp( City Plaza) kot.. Nak habaq kata dah habis exam dah ar kannn. Hahaha. Ramai jugak orang keluar kmarin. Pakat enjoy. HAha. Aku ni. Tak sampai 24 jam pun dah mula rasa bosan . Baca komik pun dah. Online pun dah. Apa lagi yang aku tak buat. Hmmmmm.
AHAH! Aku tau ! Pegi ambik lesen... heheh. Thats the first thing that I ever wanted to doooooo~


Tapi kannn... Besok, 2 Hb 12 ... Adalah hari terakhir aku sebagai pelajar SMK Sultanah Asma.
So sad < credit to Noor Shafizah n Hanan Asrawi >  :P


Im gonna miss my friendss.. Hopefully kami takkan berpisah lepas SPM ni. AND hopefully kami kembali dengan mengambil sebuah hadiah kejayaan untuk parents kami bulan 3 nanti. Satu penantian, yang amat menyiksakan..



Tak sabar la. Nak pegi matrik. Hopefully dapat stay dengan kawan-kawan.
Nak cari JODOH arh kat sana (gatai!!!!)
hahahah. Betui laa... Tapi kena hati-hati la, kat sana takdak sapa lagi dah nak jaga kita. Lecturer pun dah tak kisah kat kita.. Lepas mengajar, diorang dah tak ingat pun rupa kita ni camna. Bahahahahh. The first thing aku nak cari apabila aku jejak kaki kat matrik tu,aku nak cari room mate aku . Kawan- kawan lama and baru . Yang baru mesti lahh terbaik dari ladang punya kawan. Tak mau ar yang ajar aku skip kuliah plak nanti. Agagagga.
*so sad...

but there's a lil bit happiness that i wanna share with you guys . About my outing with my friends lately.


Havoc gilerrr.. Kami semua pegi pekan Rabu pada hari Ahad yang lepas.

Oh my.. That was my happiest day with my friend. Walaupun diorang semua bukan BFF aku, tapi diorang NICE sangat dengan aku..
*so sad........

Okay,
thats all for today. Nanti if ada apa2 yang terbuku di hati ni, aku akan cuba express kan dlm blog lagi. Take Care all viewers.

Thursday, 15 September 2011

Give a way for 16 September , the day for MALAYSIA !

wah2!
dah 54 taun kita merdeka.
tak sedar masa berlalu. Sekarang PM kita Dato Najib,





Agung kita Sultan Mizan Zainal Abidin,


tapi satu yang takkan berubah yang selalu ada lam hati rakyat negeri Kedah,
Sultan Abd Halim.




We love you your Highness! Daulat Tuanku!

Hari ni kami warga Asma dah celebrate Hari Malaysia. Best! Taun last kot. Hahah. Bawak segala mak nenek bendera arh. Besar kecik semua ada. Gedabak apatah lagi. Banyak ouh! Meriah tapi tak semeriah dulu. Dulu ada senior2 yang sporting habess.
Rindu diorang lahh. Nak seronok2 sangat pun tak leh jugak. Risau SPM nuh. 2 bulan ja lagi ni. Strive for excellent ! thats my target. InsyaAllah. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengatakan bahawa saya cintakan Malaysia.

Wednesday, 14 September 2011

Fuhhh! Tak Habeh2 lagi kaa..? O__O

Sampai hari ni, 12 hb , result trial tak habeh2 nak memecah,meremukkan hati aku. Tapi ada lar certain2 tu yang ok. Yang tak bleh terima hakikatnya, result Bio,Physic,Chem aku yang meremukkan hati aku.. aduuuuhh.. Tak leh terima toiii..
Puas baca,puas selak satu persatu buku bio.


Pun tak leh score,pe citer ekh?


Puas kira,puas hafal ! Takleh jawab physics.


Puas buat equation! Pecah otak wohh. takleh buat jugak chemistry uh.. adoi.





Takpa2!




Aku akan study dengan sungguh2. Takkan putus asa. Sampai bila2! :)
Aku tengok kengkawan yang lain happy dengan result diorg. Tapi takpa. Aku pun happy. Setakat mana yang aku dah usaha.
InsyaAllah, SPM nanti , aku boleh buat punya!
Sedih kot! Ada jugak certain sub yang menurun, uwaaa.
Mampus laa aku kalau ibu aku selidik satu persatu. Aku tunjuk sub yang ok jer kat dia.hehe.cari nahas la kalau bagi yang KO. Tiga hari tiga malam akan dileteri.
herrrrr,takmau2! Tension uhhh.+______+

Saturday, 27 August 2011

1 August 2011, Another Episode..





A new guy suddenly came to me and approach me with his polite attitude. Aww , he's one of my dream guy . I felt like my sweetest dream come true and i really thank to God for let me know him. Aku tau, dia tak sepatutnya hadir dalam hidup aku sebab aku tak sesempurna orang lain untuk sempurnakan hidup dia.
Mampukah aku bertahan dengan tohmahan yang aku dengar hampir setiap hari pasal dia kat sekolah? Aku cuma mampu berdoa, moga Tuhan lindung hidup aku,rezeki aku, jodoh aku dan ajal aku dari perkara yang keji. Nauzubillah.
Tapi, bahagiakah aku atas airmata orang lain ? Memang aku tak pernah terlintas lansung nak sukakan 'Mr. P' . Aku tahu kalau aku terima Mr. P, ramai yang akan bencikan aku. Ramai yang akan mengata pasal aku. Hanya kawan baik aku yang aku harapkan untuk sokong aku . Hm. Susah senang aku harap diorang akan selalu disisi aku.




Bak kata Tan Sri P.Ramlee ; saat yang bahagia datang sekejap saja,
ya. aku faham apa yang tan sri maksudkan tu. Dalam hidup kita, waktu gembira datang sementara saja , waktu sengsara akan menjengah kembali . Oleh itu, sementara waktu indah itu masih ada, hargai lah orang yang sayangkan kita dan orang yang kita sayang.

1 August 2011, Ramadhan Datang Lagi..

Ramadhan bulan yang mulia lagi berkah buat kita semua. Aku sebagai hamba-Nya, bersyukur, sebab aku masih bernafas untuk merasai kemanisan iman dalam berpuasa untuk tahun ni. Badan memang letih. Tapi pahala yang kita dapat tak terhinggalah mulianya. Yang sedihnya, tahun ni, tahun last aku berpuasa di SMKSA . Aduh, kenapa birthday pun birthday last, puasa last, huuu ;( sedih. Tapi takpa, insyaAllah, tahun depan aku boleh sambut dengan cikgu2 dan kwn2 lagi.




Dalam bulan Ramadhan ni jugak la trial aku nak mai pun. Pergh! Jawab exam di bulan puasa cukup mencabar ! Aku exam pada 11 ogos yang lalu, memang best untuk first test. Bila dah sampai untuk test seterusnya, amatlah tersiksa jiwa ragaku. No wonder la senior cakap trial susah. Baru aku faham susah tu macam mana. Hahah.



Alhamdulillah, aku habis test tu pada 24 0gos 2011 dengan sempurna tanpa cacat cela. haha. 25 ogos merupakan hari terakhir persekolahan dimana sekolah cuti selama dua minggu untuk memberi laluan untuk menyambut Aidilfitri. psst2! Pengetua bagi duit raya ouh kat kami. rm 5. ok la kan. Topup >_<




Saturday, 2 July 2011

2 July 2011 , My Last Birthday At SMKSA :)

Today , when i woke up in the morning , I happy sgt coz today is my birthday .. For me , this birthday is the second best birthday that I realized in my life .. The first best birthday is with my dad , Che Zull bin Ahmad and my family. Selalunya hari jadi aku disambut dengannya setiap tahun tapi bermula aku form 1 , aku sambut birthday tanpa dia sedangkan dialah abah a.k.a ayah yang terbaik di dunia .. Tapi aku nak buat macam mana , Allah lebih sayangkan dia . Aku cuma mampu berdoa untuk abah semoga abah tenang kat sana .
 Abah , I LOVE YOU !! 

Dalam fikiran aku , aku mengharapkan kawan2 aku ucap selamat hari lahir kat aku , tak kisah la melayu dulu ke , cina dulu ke , india dulu ker , aku tak kesah pun semua tu . Tapi hampa . Bila aku masuk je dalam kelas , semua buat derk jer. 'OKay! ' hati aku berkata . Semua dah lupa . Maybe sebab hari sukan sama  hari ni kan , takpa lah. Just terima yang awak tu tak penting . Hati aku mengapi-apikan fikiran aku . Aku faham . Takpa lah. Aku faham :((((

Tiba2 , seorang hamba Allah masuk ke dalam kelas aku dan berkata , ' weyh , hari ni besday Siti (bukan nama sebenar )' , hati aku luluh , kecewa , mentang-mentang la besday si Siti tu sama dengan aku , depa ingat Siti ja . Aku rasa cam nak menangis ja . Yalah , kuman seberang laut ingat dia punya besday gajah depan batang hidung tak ingat besday dia . Apa citer ni ?  Hm . Takpa . Aku cena pun takpa . Kan ? haha <<tagline org>>

1 murid 1 apa tah , tak ingat , tu lah tajuk larian aku hari ni , sebelum tu kena berkumpul kat padang kawad sekolah . Cikgu nak brief ape tah. So , dengan kelam kabut aku berlari dan lari dan lari ke sana . Suprise ! Seorang demi seorang wish kat aku . Sebak giler !!! :D 
Nice kan ???? hahahahahha.. aku sayang kawan - kawan aku . Luv You guys so much  <3 !!

Aku anggap birthday ni yang terbaik dalam hidup aku sebab Mr. Perfect adalah orang pertama wish kat aku . Aku tak sangka dia akan wish kat aku . Berita baik itu disampaikan oleh kawan aku Sherah . Aku happy giler kott!! Sepanjang hari aku senyum . Teringat kat Mr. Perfect aku tu .

The second and the third wish comes from my bff Sherah and Durra . The fourth Susue , the fifth and so on ade dekat wall FB aku sila rujuk :>
Ibu aku bawak kek hari ni . Happy giler . Thanks Ibu , Noraida binti Ahmad . psst! She still hot . haha.. :)
Yelah , setiap tahun mana pernah celebrate dengan kawan-kawan . Celebrate kat rumah ja . Sedih :(
Eh , mana sedih. Celebrate dengan family best larh . Sebab makan KFC . hehe .. 

Anyway , my BIGGEST wish for this birthday , moga Allah makbulkan setiap doa aku kepadanya setiap hari . Aminnn ..
Kawan-kawan , tq 4 all ur friendly wishes yea ?

Wednesday, 29 June 2011

29 June 2011 , Why he become like this ?

Kenapa dia jadi macam tu .
hm. nak buat macam mana lagi dah . Dia dah memang xsukakan aku . Tak pa lah fatin . Dia suruh kau 'go on with urlife ' .so, just go on with ur life. Susah ker. hm . Memang xsusah nak menjalani hidup yang aku dah jalani selama ni tapi sebelum ni, hati aku tak da sapa . Hanya ibu , abah and Allah yang jadi penghuni hati aku selama ni . Sejak dia hadir , hidup aku betul2 lengkap . Sempurna macam nasi dengan goreng , teh dengan ais , pizza dengan hut .. Betapa indahnya hidup aku waktu tu . Tapi sekarang , pop tinggalkan ia , nasi gor tinggalkan eng , loli tinggalkan pop .. Sedih gila kot . Setiap malam aku menangis teringat dosa aku kat dia . Setiap malam aku menangis minta pada Tuhan agar dia terima aku . Aku redha . Aku hanya mampu bersabar . Abah aku penah pesan kat aku waktu dia masih hidup , 'kita kena banyak2 bersabar, baru Allah dengar doa kita ' , aku sabar seperti mana abah suruh, aku berharap sangat Allah dengar doa aku . Aku sayang dia tapi dia percaya kat aku lagi ka setelah aku tipu dia ??? That's the biggest question keep playin' in my mind .. Aku pasrah dengan apa yang jadi . Kalau benda ni tak berlaku , aku takkan kenal siapa *********** . Aku tak mungkin akan jatuh hati kat manusia sesempurna dia . Aku tak mungkin susah nk bercakap dengan lelaki lagi selepas ni . Aku pun lebih kurang dia la , fobia dengan spesies yang berlawanan , nak cakap pun gagap . Pada aku , dia lah lelaki yang terbaik pernah aku kenal..